BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SITIZONERS GERAK GEMPUR!!!

Jumat, 08 Januari 2010

PEMINAT SITI DAN M.NASIR TAK GAM???



KL, 4 JANUARI 2009: Pada 1 Januari 2010 yang baru berlalu, kita telah mendengar 2 penghibur terkemuka, Dato Siti Nurhaliza dan M Nasir telah berjaya mengadakan persembahan bersama iaitu melalui Konsert Bagaikan Sakti di Singapura.


Ketika ini juga, konsert itu juga turut dirakam dan dipasarkan melalui pakej Astro Box-Office Event yang berharga RM10 bagi tatapan peminat di Malaysia yang tidak berpeluang ke panggung Esplanade.


Bagi Murai Batu, usaha menggabungkan kedua-dua mereka itu memang bagus kerana bukan selalu kita dapat melihat kedua-dua mereka disatukan dalam sebuah konsert kerana masing-masing ada 'kesaktian' serta aura tersendiri dalam memikat peminat.


Tapi selesai persembahan tempoh hari, sumber yang baru pulang dari Singapura telah membawa khabar angin yang kurang enak tentang sikap peminat fanatik masing-masing. Apa pula yang tidak kena?


Sumber itu berkata, telah berlaku semacam perang mulut di kalangan segelintir peminat mereka daripada detik hendak masuk ke dalam dewan sehinggalah sampai ke sesi bertemu peminat sesudah semuanya habis.


"Semasa konsert itu berjalan, ada peminat M Nasir berteriak dengan perkataan kesat dan mengejek persembahan Siti. Malah, mereka juga mengutuk peminat Siti yang datang dengan sepanduk kelab peminat SitiZone. Mereka juga memberi amaran kepada peminat Siti agar tidak bersorak kepada Siti.


"Akibat insiden ini, peminat Siti rasa terganggu dan tak tenteram hati kerana bilangan peminat M Nasir sebegitu ramai. Hairan juga kenapa peminat Siti tak dibenarkan bersorak.


"Mujurlah tak berlaku sebarang pergaduhan. Tapi peminat Siti tetap bersabar disebabkan mereka tak mahu melukakan hati Siti. Maklumlah semua ke sana nak berseronok apatah lagi bukan senang Siti dan M Nasir nak bergabung dalam satu konsert," kata sumber itu lagi.


Apapun, Murai Batu rasa pelik juga apabila dimaklumkan ketika sesi autograf selepas itu, tiada pula kelibat peminat M Nasir yang ramai-ramai tadi. Sumber itu berkata lagi, M Nasir juga turut menurunkan tandatangannya pada album duet terbaru Siti dengan Krisdayanti sehingga ada menuduh dia 'menumpang' Siti. Aduh, macam-macam hal dunia hiburan sekarang.



P/S: Bagi aku semua ni adalah xcident antara segilintir peminat m.nasir dan siti... yelah orang mane kalau tak marah nak menjerit bagi sokong kena tegur.. konsert bukan nya pusat sumber nak sentiasa senyap.. tapi bila giliran artis mereka buat show dorang jerit tak ingat dunia..itu satu kesilapan... apa nak jadi lah..hope benda berkurangan lah... jangan jadi dia satu kontroversi..huhuu

0 komentar:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails