BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SITIZONERS GERAK GEMPUR!!!

Minggu, 14 November 2010

GERAK GEMPUR HABIS-HABISAN UNTUK DATO SITI NURHALIZA DALAM SHOUTAWARD2010!!!!!



PERHATIAN SITIZONERS MALAYSIA, INDONESIA, SINGAPURA, BRUNEI DAN LUAR NEGARA...

18 NOV DAN 19 NOV 2010
ADA GERAK GEMPUR HABIS-HABISAN UNTUK DATO SITI NURHALIZA DALAM SHOUTAWARD2010!!

SITIZONERS!!! TINGGAL BEBERAPA HARI JE LAGI!!!!!!!!!!!!! VOTE VOTE VOTE VOTE JANGAN BERHENTI VOTE!!!!

Undian SMS Malaysia sahaja:-

SMS :sms SHOUT B2 to 3339
9 kategori PopstarAward
SMS :sms SHOUT C3 to 33399 kategori Power Vocal Award


Undian Online Malaysia dan luar negara:-


VOTE ONLINE DATO SITI DISINI!!









Jumat, 24 September 2010

Gerak Gempur bakal dilakukan.......bersedia!!!

GERAK GEMPUR SITIZONERS akan dilakukan Tidak lama lagi.... Nantikan kemunculan GERAK GEMPUR yang bakal akan SITIZONERS hadapi....


Peminat siti adalah yang TERHEBAT penah ada dalam hidup siti nurhaliza

Panas Terik Hujan Badai Sitizoners Lalui Bersama Siti nurhaliza

Jumat, 12 Maret 2010

GERAK GEMPUR TERAKHIR!!!PERINGKAT KETIGA SITIZONERS!!

Selasa, 23 Februari 2010

GERAK GEMPUR PERINGKAT PERTAMA BERMULA!!!

TO SITI ZONERS:ESOK AKAN BERLANSUNG GERAK GEMPUR DATO SITI PERINGKAT PERTAMA... PADA PERINGKAT PERTAMA KITA MEMPUNYAI DUA SESI IAITU SESI PERTAMA PADA BELAH PAGI 10 PAGI HINGGA 1 PETANG, SESI KEDUA PADA BELAH 8 MALAM HINGGA 11 MALAM.. SITIZONERS MISI KITA PADA GERAK GEMPUR PERINGKAT PERTAMA ADALAH UNTUK MENINGKAT KAN POLA UNDIAN DATO SITI UNTUK MENJADIKAN LEBIH KONSISTEN DAN TERUS DIATAS... VISI KITA PULA "PANAS TERIK HUJAN BADAI, KITA UNDI DATO SITI BERSAMA..." INGAT AJAK KAWAN2 YANG BETUL2 MINAT DATO SITI SET JAM PADA MASE YANG TELAH DI TETAPKAN JANGAN LUPA K???SITIZONERS YANG WAJIB ADALAH ORANG KUAT SITIZONERS WAJIB XADA MISS2 K??CTFM PERLU JOIN JUGAK NOT ALASAN....OK LAH JUMPA ESOK SEMUA SITIZONERS..GERAK GEMPUR!!KALAU X DAPAT KUMPUL DALAM FORUM PUN XPER ASAL INGAT TARIKH DAN MASE TU K???GOOD LUCK ESOK...

INGAT UNDI PENYANYI WANITA POPULAR DAN JUGA BINTANG PALING POPULAR...JANGAN UNDI SATU PERCALONAN JE...BINTANG PALING POPULAR PUN KENA GAK K??

Minggu, 14 Februari 2010

MISI UNTUK PROMOTE FACEBOOK DATO SITINURHALIZA!!!



KEPADA PEMINAT SITI DAN JUGA SITIZONERS TERUSKAN PROMOTE FACEBOOK DATO SITI NURHALIZA..
FADZ YAKIN FACEBOOK DATO SITI NURHALIZA MAMPU MENCECAH SAMPAI BERATUS RIBU ORANG...
PROMOTE KEPADA KAWAN - KAWAN YANG LAIN UNTUK PROMOTE DAN PROMOTE FACEBOOK DATO SITI NURHALIZA PEMINAT SITI BOLEH DAN SITIZONERS BOLEH!!!

Kamis, 11 Februari 2010

TERUSKAN UNDI DATO SITI NURHALIZA HABIS-HABISAN DALAM ABPBH 2009!!

TERUSKAN MENGUNDI DATO SITI NURHALIZA SEBAGAI PENYANYI WANITA POPULAR DAN BINTANG PALING POPULAR 2009 MARI KITA BERSAMA - SAMA SEBAGAI PEMINAT SITI MENGHADIAHKAN KEMENANGAN INI UNTUK TAHUN YANG KE 15 BELIAU BERGELAR ANAK SENI TANAH AIR YANG BANYAK MEMBERI SUMBANGAN KEPADA NEGARA DAN JUGA KEPADA KITA DENGAN HANYA MEMBUAT YANG TERBAIK DAN MEMBERI SESUATU YANG KELAINAN KEPADA KITA DEMI MENGHIBURKAN HATI PEMINAT - PEMINATNYA JUSTERU MARI LAH KITA GERAK GEMPUR HABIS - HABISAN UNTUK DATO SITI BUAT KALI TERAKHIR BELIAU UNTUK BEREHAT PADA TAHUN HADAPAN.. BUKAN HANYA UNTUK ABPBH SAHAJA TETAPI SEGALA YANG DILAKUKAN, SUMBANGAN, SOKONGAN PADU SENTIASA TERPAHAT UNTUK DATO SITI MANE - MANE DATO SITI ADA BERI SOKONGAN PADA BELIAU MOGA BERASA SENTIASA KUAT DAN SEMANGAT UNTUK MEMBERIKAN YANG TERBAIK UNTUK KITA...



INGAT TARIKH GERAK GEMPUR HABISAN KITA PADA TARIKH2 YANG TELAH DI TETAPKAN, SEBARKAN PADA PEMINAT SITI YANG LAIN.. TAPI PERLULAH BERHATI - HATI DAN BERWASPADA DENGAN SAINGAN KITA JANGAN SAMPAI SAINGAN KITA TERHIDU DAN TERNAMPAK AKTIVITI KITA YANG AKAN KITA LAKUKAN.. KALAU TERSEDAR DAN TERSEREMPAK CEPAT2 BAGITAHU FADZ..


PASAL BORANG PULA PERLU DI INGAT JANGAN HANTAR LEWAT2.. KALAU YANG HENDAK HANTAR PADA 18 ATAU 19 PERLU HANTAR TERUS KE PEJABAT POS BESAR KUALA LUMPUR TAPI YANG TINGGAL JAUH HANTAR AWAL SIKIT TAKUT BORANG TERSEBUT LAMBAT TERIMA TAKUT2 AKAN DI REJECT SERTA MERTA BORANG TERSEBUT... PERLU DI INGAT SETIAP HELAIAN BORANG AMAT BERHARGA SEKALI.. SO TULIS ELOK2 BAGI KEMAS2... KALAU KORANG NAK MENANG KERETA BINTANG PALING POPULAR MESTILAH DATO SITI NURHALIZA.. DAN SLOGAN PERLULAH KREATIF DAN BAIK PUNYE!!



SMS PULA KALAU BAGI YANG XMAMPU SEHARI UNDI SEKALI ATAU DUA KALI..MACAM FADZ PAGI, TENGAH HARI, PETANG DAN MALAM SETIAP HARI SO YANG LAIN KALAU ADA CARA TERSENDIRI TERUSKAN ASALKAN VOTE DAN VOTE... PERLU DI INGAT 25 11 18 ADALAH GERAK GEMPUR HABIS HABISAN DI MANA SEMUA PERLU UNDI SERENTAK DAN UNDI BANYAK2 TAPI YANG PALING GENTING ADALAH PADA TARIKH 18 ADALAH KEMUNCAK SEGALA-GALANYA UNDI HABIS - HABISAN GUNA CARA PUKAL YANG TELAH DI AJAR OLEH IKRAM KITA... SEMOGA BERJALAN DENGAN LANCAR!!




PADA YANG ADA FACEBOOK, MYSPACE, TAGGED, FRIENDSTER,TWITTER, HI5,BLOGER TERUSKAN PROMOTE UNTUK MENAIKAN SEMANGAT PEMINAT SITI YANG LAIN UNTUK TERUS MENGUNDI... PADA YANG MAMPU PROMOTE MELALUI IKLAN SURAT KHABAR TERUSKAN, DAN IKLAN DI TV BAGI YANG MAMPU.. DAN KEMPEN SECARA FACE TO FACE IAITU MENGEDARKAN ATAU MENAMPAL CARA2 MENGUNDI DATO SITI DI MANE - MANE SAHAJA..



INGAT PERLU BELAJAR BAGAIMANA PEMINAT NICHOLAS TEO YANG BERJAYA MENEWAS DATO SITI NURHALIZA DALAM MTV ASIA SEBAGAI ARTIS FAVOURITE MALYASIAN.. MEREKA BEKRJASAMA DAN BERUSAHA UNTUK MEREALISASIKAN IMPIAN MEREKA UNTUK MELIHAT ARTIS MEREKA MENDAPATKAN TROFI TERSEBUT BEGITU DENGAN KITA INGIN MENGHADIAHKAN KEMENANGAN TERSEBUT UNTUK DATO SITI KENAPA PERLU TIDAK???KITA TIDAK DAPAT MENGHADIAHKAN BARANGAN YANG MAHAL UNTUK DATO SITI APASALAHNYA KITA MEBERI DATO SITI KEMENANGAN SEBAGAI BINTANG PALING POPULAR SEBAGAI TANDA SOKONGAN PADU KITA KEPADA DATO SITI SELAMA 15 TAHUN BELIAU??DATO SITI MENANG KERETA?? KITA PUN MENANG KERETA??XGITU??



INGAT PILIHAN TEPAT BUKAN KIRAAN UNTUK MENANG TETAPI BINTANG PALING POPULAR DAN SLOGAN YANG TERBAIK AKAN MENANGI SEGALA HADIAH YANG DI TAWARKAN... MANE TAHU ANDA AKAN MERASAI HADIAH LUMAYAN TERSEBUT??? SO SITIZONERS DAN PEMINAT SITI JOM KITA MULAKAN MISI KITA!!!BER..SE..DIA!!!GERAK GEMPUR!!!


Fadzul_Fadzq

sitizoners






Minggu, 24 Januari 2010

SITIZONERS HANGAT DARIPADA BIASA...!!!

Ruang peribadi Kak Cham: Reaksi lebih hangat daripada biasa






TAK sukar menjangka, apabila ada pendapat yang kurang menyenangkan atau tidak memihak mengenai Datuk Siti Nurhaliza, reaksi peminatnya memang lebih cepat daripada biasa. Bertuah Tok Ti kerana peminatnya sentiasa setia bersama - sejak belum kenal Gucci sehinggalah sudah mampu pakai LV.

Bukan saja peminat hiburan tanah air, tetapi realitinya orang media pun memang senang dengan isteri Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini. Jika tidak masakan ketika majlis sambutan hari jadinya yang ke-31, sehari selepas Anugerah Juara Lagu berlangsung, sekumpulan wartawan hiburan membuat persembahan khas untuk birthday girl berjudul Muzikal Coklat Strawberi.

Satu dewan penuh gelak ketawa kerana persembahan rakan seperjuangan memang kelakar gila. Tak sangka pula rata-rata mereka memang berbakat. Siti dan suami tercinta, Datuk Khalid pun memang sporting habis. Teman kata sporting kerana muzikal itu memang sinikal, yang ada ketikanya mencuit-cuit manja Tok Ti, tetapi mereka tetap tersenyum dan ketawa.


Seperti kebanyakan tetamu yang lain, teman pun terhibur juga. Pengacara popular, Aznil Nawawi yang duduk di sebelah teman sempat berbisik, "Susah-susah sangat Kak Cham ambil saja mereka ini untuk buat persembahan pada malam ABP." Idea spontan itu timbul kerana sebelum majlis bermula kami sibuk bercerita itu dan ini mengenai persembahan ABPBH nanti.

Hakikatnya, gelaran darling media oleh sesetengah pihak bukanlah sesuatu yang keterlaluan. Terbaru, wujud pula satu gelaran Sitilogy. Jangan tanya teman maksudnya kerana teman sendiri pun tak tahu. Teman buka cerita kerana timbul dakwaan teman sengaja mahu membuat provokasi ekoran paparan pendapat seorang pembaca bernama Raja Siraj. Ada ahli Sitizoners yang tidak setuju langsung dengan pendapat Raja Siraj. Buka saja kotak e-mel teman, sudah berderet reaksi mereka. Ada yang berhemah tutur kata, tetapi ada yang meluap-luap emosinya sehingga menuduh ada agenda atau propaganda untuk menjatuhkannya.

Macam Megat Aduka dari Nilai, Negeri Sembilan, tahap kemarahannya memang lebih hangat daripada biasa. Teman siarkan e-melnya yang bukanlah dialamatkan kepada teman pun, tetapi kepada ruangan surat pembaca BH. Cuma nasihat teman kepada Megat Aduka, tak payahlah buruk sangka dengan teman kerana selama hari ini pun tak pernah pula teman tidak menyokong perjalanan seni penyanyi pujaannya itu. Malah, kalau diamati untuk majlis Anugerah Bintang Popular pun, Siti sering dipanggil membuat kemunculan di pentas ABPBH. Teman kongsi luahan emosi Megat Aduka dengan pembaca budiman minggu ini.

"Terkilan. Itulah perasaan yang bercampur-baur dengan seribu pertanyaan, untuk apa artikel yang sebegitu disisipkan dalam ruangan Kak Cham dalam sisipan Berita Harian, 18 Januari 2010. Biar pun bukan dari penulisan beliau sendiri, namun masih menjadi tanda tanya mengapa tulisan sebegitu yang dititipkan dengan penuh teliti dan benar-benar mengundang amarah dan kesal dengan kebenaran yang cuba ditidakkan boleh Kak Cham sulamkan dalam ruangan beliau. Tulisan siapa sebenarnya? "

"Mengapa nilai kehakiman dan penjurian Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL24) dijadikan titik tolak oleh penulis untuk membidas mutu penjurian yang dijangkakan didalangi oleh pihak tertentu. Apa yang lebih meluapkan kemarahan yang ada, di antara mereka yang menjadi juri mengapa hanya Datuk Siti Nurhaliza saja yang lebih terang dan jelas mata mereka untuk melihat menduduki kerusi panel juri? Seolah-olah ada keputusan berat sebelah atau pilih kasih dalam menentukan pemenang dalam AJL ke-24 yang baru berlalu itu.


"Tak perlulah saya mengulas dengan mual akan tulisan penulis tersebut. Mungkin jutaan pembaca akhbar Berita Harian sudah mengamati setiap bait dan cara penulisan yang diadaptasi semula. Begitu rapi nota-nota penulisannya. Sukar untuk diragui adakah komentar itu ditokok tambah.



"Namun harus diingat, Datuk Siti Nurhaliza dikelilingi oleh insan yang tersayang, apatah lagi dibentengi oleh peminat-peminat setianya dari dulu sehingga kini, dari saat Datuk Siti Nurhaliza mula bertatih dalam industri muzik, pada saat menjaga hati dan perasaan orang lain, Datuk Siti Nurhaliza sanggup mengorbankan perasaan sendiri. Sehinggalah kini disindir dan diperli dengan kata-kata yang berempah ratus.

"Tak perlulah ada mesej-mesej tertentu, ada agenda-agenda yang sudah lali, sudah beku diredah oleh beliau untuk menidakkan keistimewaan beliau dalam industri hiburan negara. Dan tak perlulah untuk menghasut yang lain, untuk mengalah dan reda dengan kewujudan Datuk Siti Nurhaliza di mana-mana majlis rasmi atau tidak yang seakan-akan menutup periuk nasi artis yang lain.

"Cerita basi! Itu yang dapat saya gambarkan di saat ini tatkala pernah bernyanyi isu ini sedetik waktu dulu, hanya selepas kemenangan Datuk Siti Nurhaliza dalam AIM tahun lalu untuk kategori Vokal Terbaik Wanita. Rezeki ada di mana-mana, tak perlu menyalahkan orang lain seandainya periuk nasi sendiri tersekat.

"Memang susah menjadi Datuk Siti Nurhaliza, dan saya berharap Datuk Siti Nurhaliza perlu bangkit dan pertahankan apa yang benar dan natijahnya tak perlulah ada suara-suara atau tulisan picisan sebegitu untuk melemahkan semangat pengundi dalam calon akhir Anugerah Bintang Popular yang bakal berlangsung nanti.

"Dan mungkin sudah ada yang goyah dan bimbang kerana ada ura-ura kiranya trofi utama Bintang Paling Popular itu nanti berbalik kepada beliau tahun ini. Rezeki orang, tuah orang. Tak perlu canangkan keegoan orang lain andainya diri sendiri bermasalah.


"Namun buat Kak Cham, sebagai orang kanan dalam bidang kewartawanan, apakah dengan menyiarkan artikel daripada penulis picisan itu ala-ala untuk menjolok sarang tebuan? Biarlah bijak dalam setiap tingkah dan perbuatan mahupun penulisan.


"Kepada Sitizoners, ayuh bangun dan berikan semangat padu buat Datuk Siti Nurhaliza. Ikatan yang teguh usah direnggut oleh iri hati dan hasad dengki. Kita seharusnya berbangga memiliki Datuk Siti Nurhaliza, walau pun dalam payah dan susah beliau cuba untuk memuaskan hati dan perasaan semua orang. Semoga Datuk Siti Nurhaliza akan terus berjaya dalam karier dan terus menjadi kebanggaan semua."

Teman terima segala kritikan dan nada sinikalnya dengan hati dan minda terbuka. Tak sedikit pun teman kecil hati kerana berbeza pandangan bukanlah sesuatu yang tidak sihat. Cuma yang tidak sihatnya apabila timbul dakwa-dakwi, wujudnya satu konspirasi atau propaganda untuk menjatuhkan Siti. Teman banyak kerja, tak ada masa untuk kerja yang sahih hanya membuang masa. Jumpa lagi! - hanizam@bharian.com.my


p/s: pada pengkritik siti jangan kritik penyanyi kesayangan kitaorang k??? kita akan menyokong dato siti sehabis2 hingga beliau ketahap antarabangsa kitaorang tetap sokong dato siti kita....Biar Hidup Di keji, Mati Dek Puji...

Senin, 11 Januari 2010

SELAMAT HARI JADI DATO SITINURHALIZA YANG KE-31TAHUN

selamat hari jadi buat biduanita muda dato siti nurhaliza yang ke -31 tahun, nampak gayanya umur siti semakin meningkat di harap rezeki siti kali ini bertambah berganda2.. di harapkan karier siti pada tahun ni menjadi lebih baik dari sebelum ni.. biarkan yang ambil azam yang baru untuk menjadi diri semakin bagus!!insyallah dengan usaha siti peminat siti sentiasa menyokong dan terus menyokong tanpa henti... amin3x..



Tahniah siti sebab telah berjaya mebuat persembahan yang sangat teruja dan hebat sekali untuk pembukaan AJL 24, memang kematangan siti dalam bidang nyanyi semakin ada peningkatan yang mendadak..syabas siti kerana menguasai pentas secara keseluruhanya.. dan Lan MUH agak hebat juga berganding bahu bersama siti bagaikan sebuah konsert yang amat gempaq sekali.. all the best...

Sabtu, 09 Januari 2010

DATO SITINURHALIZA MEMBUAT PERSEMBAHAN PEMBUKAAN AJL24...


WAH NAMPAK GAYANYA PENYANYI KESAYANGAN AKU NI BAKAL MEMBUAT PERSEMBAHAN PEMBUKAAN DEKAT AJL24 NANTI, URM, LAGU APA YANG AKAN DINYANYI KAN OLEH DATO SITI???KALAU KORANG NAK TAHU SITI AKAN BAWA LAGU FARAWAHIDAH,FAIZAL TAHIR DAN MEET UNCLE HUSSEIN..PASTI GEMPAK..
MENURUT KATA KAWAN2 FADZ DATO SITI AKAN BAWA LAGU UNTUK MU DALAM 3 VERSI???WOW!!MESTI KORANG XSABAR NAK MELIHATMYA KAN??HEHEHE..APA2 PUN RAPTAI PEMBUKAAN MEMANG MANTAP FROM DATO SITI..DIVA KATAKAN..HAHAHA
FADZ DOAKAN DATO SITI BUAT YANG TERBAIK WALAUPUN SEKADAR PEMBUKAAN..HEHE

Jumat, 08 Januari 2010

PEMINAT SITI DAN M.NASIR TAK GAM???



KL, 4 JANUARI 2009: Pada 1 Januari 2010 yang baru berlalu, kita telah mendengar 2 penghibur terkemuka, Dato Siti Nurhaliza dan M Nasir telah berjaya mengadakan persembahan bersama iaitu melalui Konsert Bagaikan Sakti di Singapura.


Ketika ini juga, konsert itu juga turut dirakam dan dipasarkan melalui pakej Astro Box-Office Event yang berharga RM10 bagi tatapan peminat di Malaysia yang tidak berpeluang ke panggung Esplanade.


Bagi Murai Batu, usaha menggabungkan kedua-dua mereka itu memang bagus kerana bukan selalu kita dapat melihat kedua-dua mereka disatukan dalam sebuah konsert kerana masing-masing ada 'kesaktian' serta aura tersendiri dalam memikat peminat.


Tapi selesai persembahan tempoh hari, sumber yang baru pulang dari Singapura telah membawa khabar angin yang kurang enak tentang sikap peminat fanatik masing-masing. Apa pula yang tidak kena?


Sumber itu berkata, telah berlaku semacam perang mulut di kalangan segelintir peminat mereka daripada detik hendak masuk ke dalam dewan sehinggalah sampai ke sesi bertemu peminat sesudah semuanya habis.


"Semasa konsert itu berjalan, ada peminat M Nasir berteriak dengan perkataan kesat dan mengejek persembahan Siti. Malah, mereka juga mengutuk peminat Siti yang datang dengan sepanduk kelab peminat SitiZone. Mereka juga memberi amaran kepada peminat Siti agar tidak bersorak kepada Siti.


"Akibat insiden ini, peminat Siti rasa terganggu dan tak tenteram hati kerana bilangan peminat M Nasir sebegitu ramai. Hairan juga kenapa peminat Siti tak dibenarkan bersorak.


"Mujurlah tak berlaku sebarang pergaduhan. Tapi peminat Siti tetap bersabar disebabkan mereka tak mahu melukakan hati Siti. Maklumlah semua ke sana nak berseronok apatah lagi bukan senang Siti dan M Nasir nak bergabung dalam satu konsert," kata sumber itu lagi.


Apapun, Murai Batu rasa pelik juga apabila dimaklumkan ketika sesi autograf selepas itu, tiada pula kelibat peminat M Nasir yang ramai-ramai tadi. Sumber itu berkata lagi, M Nasir juga turut menurunkan tandatangannya pada album duet terbaru Siti dengan Krisdayanti sehingga ada menuduh dia 'menumpang' Siti. Aduh, macam-macam hal dunia hiburan sekarang.



P/S: Bagi aku semua ni adalah xcident antara segilintir peminat m.nasir dan siti... yelah orang mane kalau tak marah nak menjerit bagi sokong kena tegur.. konsert bukan nya pusat sumber nak sentiasa senyap.. tapi bila giliran artis mereka buat show dorang jerit tak ingat dunia..itu satu kesilapan... apa nak jadi lah..hope benda berkurangan lah... jangan jadi dia satu kontroversi..huhuu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails