BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SITIZONERS GERAK GEMPUR!!!

Minggu, 24 Januari 2010

SITIZONERS HANGAT DARIPADA BIASA...!!!

Ruang peribadi Kak Cham: Reaksi lebih hangat daripada biasa






TAK sukar menjangka, apabila ada pendapat yang kurang menyenangkan atau tidak memihak mengenai Datuk Siti Nurhaliza, reaksi peminatnya memang lebih cepat daripada biasa. Bertuah Tok Ti kerana peminatnya sentiasa setia bersama - sejak belum kenal Gucci sehinggalah sudah mampu pakai LV.

Bukan saja peminat hiburan tanah air, tetapi realitinya orang media pun memang senang dengan isteri Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini. Jika tidak masakan ketika majlis sambutan hari jadinya yang ke-31, sehari selepas Anugerah Juara Lagu berlangsung, sekumpulan wartawan hiburan membuat persembahan khas untuk birthday girl berjudul Muzikal Coklat Strawberi.

Satu dewan penuh gelak ketawa kerana persembahan rakan seperjuangan memang kelakar gila. Tak sangka pula rata-rata mereka memang berbakat. Siti dan suami tercinta, Datuk Khalid pun memang sporting habis. Teman kata sporting kerana muzikal itu memang sinikal, yang ada ketikanya mencuit-cuit manja Tok Ti, tetapi mereka tetap tersenyum dan ketawa.


Seperti kebanyakan tetamu yang lain, teman pun terhibur juga. Pengacara popular, Aznil Nawawi yang duduk di sebelah teman sempat berbisik, "Susah-susah sangat Kak Cham ambil saja mereka ini untuk buat persembahan pada malam ABP." Idea spontan itu timbul kerana sebelum majlis bermula kami sibuk bercerita itu dan ini mengenai persembahan ABPBH nanti.

Hakikatnya, gelaran darling media oleh sesetengah pihak bukanlah sesuatu yang keterlaluan. Terbaru, wujud pula satu gelaran Sitilogy. Jangan tanya teman maksudnya kerana teman sendiri pun tak tahu. Teman buka cerita kerana timbul dakwaan teman sengaja mahu membuat provokasi ekoran paparan pendapat seorang pembaca bernama Raja Siraj. Ada ahli Sitizoners yang tidak setuju langsung dengan pendapat Raja Siraj. Buka saja kotak e-mel teman, sudah berderet reaksi mereka. Ada yang berhemah tutur kata, tetapi ada yang meluap-luap emosinya sehingga menuduh ada agenda atau propaganda untuk menjatuhkannya.

Macam Megat Aduka dari Nilai, Negeri Sembilan, tahap kemarahannya memang lebih hangat daripada biasa. Teman siarkan e-melnya yang bukanlah dialamatkan kepada teman pun, tetapi kepada ruangan surat pembaca BH. Cuma nasihat teman kepada Megat Aduka, tak payahlah buruk sangka dengan teman kerana selama hari ini pun tak pernah pula teman tidak menyokong perjalanan seni penyanyi pujaannya itu. Malah, kalau diamati untuk majlis Anugerah Bintang Popular pun, Siti sering dipanggil membuat kemunculan di pentas ABPBH. Teman kongsi luahan emosi Megat Aduka dengan pembaca budiman minggu ini.

"Terkilan. Itulah perasaan yang bercampur-baur dengan seribu pertanyaan, untuk apa artikel yang sebegitu disisipkan dalam ruangan Kak Cham dalam sisipan Berita Harian, 18 Januari 2010. Biar pun bukan dari penulisan beliau sendiri, namun masih menjadi tanda tanya mengapa tulisan sebegitu yang dititipkan dengan penuh teliti dan benar-benar mengundang amarah dan kesal dengan kebenaran yang cuba ditidakkan boleh Kak Cham sulamkan dalam ruangan beliau. Tulisan siapa sebenarnya? "

"Mengapa nilai kehakiman dan penjurian Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL24) dijadikan titik tolak oleh penulis untuk membidas mutu penjurian yang dijangkakan didalangi oleh pihak tertentu. Apa yang lebih meluapkan kemarahan yang ada, di antara mereka yang menjadi juri mengapa hanya Datuk Siti Nurhaliza saja yang lebih terang dan jelas mata mereka untuk melihat menduduki kerusi panel juri? Seolah-olah ada keputusan berat sebelah atau pilih kasih dalam menentukan pemenang dalam AJL ke-24 yang baru berlalu itu.


"Tak perlulah saya mengulas dengan mual akan tulisan penulis tersebut. Mungkin jutaan pembaca akhbar Berita Harian sudah mengamati setiap bait dan cara penulisan yang diadaptasi semula. Begitu rapi nota-nota penulisannya. Sukar untuk diragui adakah komentar itu ditokok tambah.



"Namun harus diingat, Datuk Siti Nurhaliza dikelilingi oleh insan yang tersayang, apatah lagi dibentengi oleh peminat-peminat setianya dari dulu sehingga kini, dari saat Datuk Siti Nurhaliza mula bertatih dalam industri muzik, pada saat menjaga hati dan perasaan orang lain, Datuk Siti Nurhaliza sanggup mengorbankan perasaan sendiri. Sehinggalah kini disindir dan diperli dengan kata-kata yang berempah ratus.

"Tak perlulah ada mesej-mesej tertentu, ada agenda-agenda yang sudah lali, sudah beku diredah oleh beliau untuk menidakkan keistimewaan beliau dalam industri hiburan negara. Dan tak perlulah untuk menghasut yang lain, untuk mengalah dan reda dengan kewujudan Datuk Siti Nurhaliza di mana-mana majlis rasmi atau tidak yang seakan-akan menutup periuk nasi artis yang lain.

"Cerita basi! Itu yang dapat saya gambarkan di saat ini tatkala pernah bernyanyi isu ini sedetik waktu dulu, hanya selepas kemenangan Datuk Siti Nurhaliza dalam AIM tahun lalu untuk kategori Vokal Terbaik Wanita. Rezeki ada di mana-mana, tak perlu menyalahkan orang lain seandainya periuk nasi sendiri tersekat.

"Memang susah menjadi Datuk Siti Nurhaliza, dan saya berharap Datuk Siti Nurhaliza perlu bangkit dan pertahankan apa yang benar dan natijahnya tak perlulah ada suara-suara atau tulisan picisan sebegitu untuk melemahkan semangat pengundi dalam calon akhir Anugerah Bintang Popular yang bakal berlangsung nanti.

"Dan mungkin sudah ada yang goyah dan bimbang kerana ada ura-ura kiranya trofi utama Bintang Paling Popular itu nanti berbalik kepada beliau tahun ini. Rezeki orang, tuah orang. Tak perlu canangkan keegoan orang lain andainya diri sendiri bermasalah.


"Namun buat Kak Cham, sebagai orang kanan dalam bidang kewartawanan, apakah dengan menyiarkan artikel daripada penulis picisan itu ala-ala untuk menjolok sarang tebuan? Biarlah bijak dalam setiap tingkah dan perbuatan mahupun penulisan.


"Kepada Sitizoners, ayuh bangun dan berikan semangat padu buat Datuk Siti Nurhaliza. Ikatan yang teguh usah direnggut oleh iri hati dan hasad dengki. Kita seharusnya berbangga memiliki Datuk Siti Nurhaliza, walau pun dalam payah dan susah beliau cuba untuk memuaskan hati dan perasaan semua orang. Semoga Datuk Siti Nurhaliza akan terus berjaya dalam karier dan terus menjadi kebanggaan semua."

Teman terima segala kritikan dan nada sinikalnya dengan hati dan minda terbuka. Tak sedikit pun teman kecil hati kerana berbeza pandangan bukanlah sesuatu yang tidak sihat. Cuma yang tidak sihatnya apabila timbul dakwa-dakwi, wujudnya satu konspirasi atau propaganda untuk menjatuhkan Siti. Teman banyak kerja, tak ada masa untuk kerja yang sahih hanya membuang masa. Jumpa lagi! - hanizam@bharian.com.my


p/s: pada pengkritik siti jangan kritik penyanyi kesayangan kitaorang k??? kita akan menyokong dato siti sehabis2 hingga beliau ketahap antarabangsa kitaorang tetap sokong dato siti kita....Biar Hidup Di keji, Mati Dek Puji...

Senin, 11 Januari 2010

SELAMAT HARI JADI DATO SITINURHALIZA YANG KE-31TAHUN

selamat hari jadi buat biduanita muda dato siti nurhaliza yang ke -31 tahun, nampak gayanya umur siti semakin meningkat di harap rezeki siti kali ini bertambah berganda2.. di harapkan karier siti pada tahun ni menjadi lebih baik dari sebelum ni.. biarkan yang ambil azam yang baru untuk menjadi diri semakin bagus!!insyallah dengan usaha siti peminat siti sentiasa menyokong dan terus menyokong tanpa henti... amin3x..



Tahniah siti sebab telah berjaya mebuat persembahan yang sangat teruja dan hebat sekali untuk pembukaan AJL 24, memang kematangan siti dalam bidang nyanyi semakin ada peningkatan yang mendadak..syabas siti kerana menguasai pentas secara keseluruhanya.. dan Lan MUH agak hebat juga berganding bahu bersama siti bagaikan sebuah konsert yang amat gempaq sekali.. all the best...

Sabtu, 09 Januari 2010

DATO SITINURHALIZA MEMBUAT PERSEMBAHAN PEMBUKAAN AJL24...


WAH NAMPAK GAYANYA PENYANYI KESAYANGAN AKU NI BAKAL MEMBUAT PERSEMBAHAN PEMBUKAAN DEKAT AJL24 NANTI, URM, LAGU APA YANG AKAN DINYANYI KAN OLEH DATO SITI???KALAU KORANG NAK TAHU SITI AKAN BAWA LAGU FARAWAHIDAH,FAIZAL TAHIR DAN MEET UNCLE HUSSEIN..PASTI GEMPAK..
MENURUT KATA KAWAN2 FADZ DATO SITI AKAN BAWA LAGU UNTUK MU DALAM 3 VERSI???WOW!!MESTI KORANG XSABAR NAK MELIHATMYA KAN??HEHEHE..APA2 PUN RAPTAI PEMBUKAAN MEMANG MANTAP FROM DATO SITI..DIVA KATAKAN..HAHAHA
FADZ DOAKAN DATO SITI BUAT YANG TERBAIK WALAUPUN SEKADAR PEMBUKAAN..HEHE

Jumat, 08 Januari 2010

PEMINAT SITI DAN M.NASIR TAK GAM???



KL, 4 JANUARI 2009: Pada 1 Januari 2010 yang baru berlalu, kita telah mendengar 2 penghibur terkemuka, Dato Siti Nurhaliza dan M Nasir telah berjaya mengadakan persembahan bersama iaitu melalui Konsert Bagaikan Sakti di Singapura.


Ketika ini juga, konsert itu juga turut dirakam dan dipasarkan melalui pakej Astro Box-Office Event yang berharga RM10 bagi tatapan peminat di Malaysia yang tidak berpeluang ke panggung Esplanade.


Bagi Murai Batu, usaha menggabungkan kedua-dua mereka itu memang bagus kerana bukan selalu kita dapat melihat kedua-dua mereka disatukan dalam sebuah konsert kerana masing-masing ada 'kesaktian' serta aura tersendiri dalam memikat peminat.


Tapi selesai persembahan tempoh hari, sumber yang baru pulang dari Singapura telah membawa khabar angin yang kurang enak tentang sikap peminat fanatik masing-masing. Apa pula yang tidak kena?


Sumber itu berkata, telah berlaku semacam perang mulut di kalangan segelintir peminat mereka daripada detik hendak masuk ke dalam dewan sehinggalah sampai ke sesi bertemu peminat sesudah semuanya habis.


"Semasa konsert itu berjalan, ada peminat M Nasir berteriak dengan perkataan kesat dan mengejek persembahan Siti. Malah, mereka juga mengutuk peminat Siti yang datang dengan sepanduk kelab peminat SitiZone. Mereka juga memberi amaran kepada peminat Siti agar tidak bersorak kepada Siti.


"Akibat insiden ini, peminat Siti rasa terganggu dan tak tenteram hati kerana bilangan peminat M Nasir sebegitu ramai. Hairan juga kenapa peminat Siti tak dibenarkan bersorak.


"Mujurlah tak berlaku sebarang pergaduhan. Tapi peminat Siti tetap bersabar disebabkan mereka tak mahu melukakan hati Siti. Maklumlah semua ke sana nak berseronok apatah lagi bukan senang Siti dan M Nasir nak bergabung dalam satu konsert," kata sumber itu lagi.


Apapun, Murai Batu rasa pelik juga apabila dimaklumkan ketika sesi autograf selepas itu, tiada pula kelibat peminat M Nasir yang ramai-ramai tadi. Sumber itu berkata lagi, M Nasir juga turut menurunkan tandatangannya pada album duet terbaru Siti dengan Krisdayanti sehingga ada menuduh dia 'menumpang' Siti. Aduh, macam-macam hal dunia hiburan sekarang.



P/S: Bagi aku semua ni adalah xcident antara segilintir peminat m.nasir dan siti... yelah orang mane kalau tak marah nak menjerit bagi sokong kena tegur.. konsert bukan nya pusat sumber nak sentiasa senyap.. tapi bila giliran artis mereka buat show dorang jerit tak ingat dunia..itu satu kesilapan... apa nak jadi lah..hope benda berkurangan lah... jangan jadi dia satu kontroversi..huhuu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails